Rabu, 06 Agustus 2014

WAHHABI MENGHILANGKAN NAMA NABI


Kalau Tuhan nya beda sudah pasti Nabinya pun beda.
WAHHABI MENGHILANGKAN NAMA NABI
MUHAMMAD SAW DI MASJID AL-HARAM DAN MASJID
AN-NABAWI
Ajaran Wahhabi dianuti oleh sebahagian besar rakyat
Saudi, termasuk keluarga kerajaan sendiri. Puak Wahhabi
terkenal dengan pendapat mereka bahawa Nabi
Muhammad adalah manusia biasa. Oleh kerana anggapan
mereka ini, maka tidak perlu untuk memberi
penghormatan berlebihan kepada Rasulullah.
Mereka juga menganggap peringatan Maulid Nabi sebagai
bida'ah dan sesat. Tetapi yang peliknya, kaum Wahabi
amat girang merayakan ulang tahun para pemimpin
mereka. Dan ini bukan pula perbuatan bid'ah?
Bagi kita umat Islam, Kaabah adalah kiblat kami. Sebagai
tempat yang paling suci, di sana umat Islam akan
merasakan ketenangan dan kedekatan yang amat sangat
kepada Maha Penciptanya.
Sebagaimana tempat-tempat suci yang lain seperti
makam Rasulullah saw dan pemakaman Baqi' yang telah
dihancurkan, Kaabah juga telah menjadi sasaran
kejahatan mereka. Mereka lakukan semua ini atas nama
tauhid. Kaabah kini digunakan sebagai papan
pengumuman kerajaan (Advertisement Board).
Sila baca kajian ini bagaimana pemerintah Arab Saudi
telah melakukan perkara-perkara pelik ke atas kedua-dua
Masjid, iaitu Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi.
KAJIAN PERTAMA:
PINTU KAABAH : WAHHABI MENGGANTIKAN NAMA NABI
DENGAN NAMA RAJA SAUD, DENGAN ALASAN NAMA
NABI MEMBAWA KEPADA KESYIRIKAN
Lihat pada GAMBAR 1:
Kini, tiada sesiapa pun yang akan dapat menemukan
nama “Muhammad” di Kaabah. Mengapakah begini?
Menurut puak Wahhabi, jika nama Nabi Muhammad saw
diadakan di Kaabah, ia akan membahayakan tauhid,
membuat iman tergoncang dan akan menjadikan
seseorang itu musyrik.
Tetapi yang peliknya, nama lengkap Raja Saudi dari
keluarga Al-Saud dengan bangganya ditayangkan di pintu
Kaabah. Tidak pula perbuatan meletakkan nama Raja
Saudi di pintu Kaabah membawa kepada kesyirikan dan
tidak pula ia digolongkan sebagai perbuatan bid'ah.
Dari perkataan bahasa Arab yang tertera di Pintu Kaabah
tersebut, terjemahannya adalah seperti berikut :
“Tirai ini dibuat di Makkah Al-Mukarramah dan hadiah
untuk Kaabah Al-Musyarafah. Khadim al-Haramain Asy-
Syarifain Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud, semoga Allah
menerima darinya.”
RUMUSAN KAJIAN :
Nama Nabi Muhammad saw tidak boleh diletakkan di
pintu Kaabah atas alasan akan membawa kepada
kesyirikan, akan membahayakan tauhid, akan membuat
iman tergoncang dan akan menjadikan seseorang itu
musyrik. Tetapi nama Raja Saud di bolehkan pula.
Tidakkah perbuatan itu sama halnya? Pelik tapi benar!
KAJIAN KEDUA:
WAHHABI MENGGUNAKAN KISWAH KAABAH SEBAGAI
ADVERTISEMENT BOARD
Lihat pada GAMBAR 2:
Seseorang yang sekilas melihat Kaabah akan berfikir
bahawa bahagian yang dilingkari merah (lihat gambar)
hanyalah kaligrafi ayat Al-Quran biasa. Tetapi adakah
ianya hanya kaligrafi ayat Al-Quran? Sila lihat sekali
lagi...
Dari perkataan bahasa Arab yang tertera di Kiswah
tersebut, terjemahannya adalah seperti berikut :
“Kiswah ini dibuat di Makkah Al-Mukarramah dan hadiah
untuk Kaabah Al-Musyarafah. Khadim Al-Haramain Asy-
Syarifain Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud, semoga Allah
menerima darinya. Tahun 1426.”
RUMUSAN KAJIAN :
Wahhabi menggunakan Kiswah Kaabah sebagai
Advertisement Board untuk mengumumkan nama Raja
Saudi. Tidakkah perbuatan itu sebagai perbuatan Syirik
sepertimana dakwaan mereka ke atas nama Nabi
Muhammad saw apabila nama baginda diletakkan di
kiswah Kaabah?
KAJIAN KETIGA:
PAGAR EMAS RAUDHAH SYARIF MASJID NABAWI :
WAHHABI MENUKAR NAMA "YA MUHAMMAD" KEPADA
"YA MAJID"
Lihat pada GAMBAR 3:
Ketika pemerintahan ke-khalifahan Uthmaniah (Ottoman),
Turki membangunkan kembali Masjid Nabawi dan
menuliskan kalimah "Ya Allah, Ya Muhammad” di pagar
emas Raudhah Syarif.
Tetapi menurut fahaman Wahhabi, dengan menyebut
sebutan “Ya Muhammad”, seseorang akan terjerumus
kepada kesyirikkan, meskipun seluruh ummat Islam tahu
bahawa Nabi Muhammad saw adalah utusan-Allah dan
bukan Tuhan.
Apa lagi yang Wahhabi lakukan sekarang?
Wahhabi kemudian mengubah nama Muhammad ( ﻣﺤﻤﺪ )
dengan cara :
- menambahkan “titik” di bawah huruf “ha” ( ﺡ ) menjadi
huruf “jim” (ﺝ );
- menghapuskan huruf “mim” (ﻡ ) yang kedua dan
menambahkan “dua titik” sehingga terlihat seperti huruf
“ya” ( ﻱ ).
- selepas perubahan berikut, nama "Ya Muhammad" ( ﻳﺎ
ﻣﺤﻤﺪ ) bertukar menjadi "Ya Majid" ( ﻳﺎ ﻣﺠﻴﺪ )
RUMUSAN KAJIAN :
Mengapakah Wahhabi amat fobia sekali dengan nama
Rasulullah? Sehingga semua nama Rasulullah baik di
Kiswah Kaabah, Pintu Kaabah, dan di Masjid Nabawi tidak
lepas daripada perbuatan pelik mereka?
KAJIAN KEEMPAT:
MENGAPAKAH WAHHABI LEBIH UTAMAKAN MUHAMMAD
BIN ABD WAHHAB DARIPADA RASULULLAH? SIAPAKAH
NABI YANG DIIKTIRAF PUAK WAHHABI?
Lihat pada GAMBAR 4:
Tersangatlah aneh sekali apabila terbaca informasi yang
tertera di lelaman web Kedutaan Besar Arab Saudi. Di
Artikel "Saudi Arabia: Islam's Heartland", yang disebut
hanyalah nama Muhammad bin Abdul Wahhab dari Najd,
bukan nama Nabi Muhammad SAW.
Soalan kami : Siapa yang mengembangkan Islam di
Jazirah Arab? Nabi Muhammad SAW atau Muhammad bin
Abdul Wahhab?
Lihat lelaman web tersebut :
http://www.saudiembassy.net/about/country-information/Islam/saudi_arabia_Islam_heartland.aspx
Bahaya yang akan timbul di daerah Najd telah pun
dikhabarkan melalui hadith Rasulullah saw, yang
menceritakan keberkatan tanah Yaman dan Syam
sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a :
ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﻗﺎﻝ : ﺫﻛﺮ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ” ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺑﺎﺭﻙ ﻟﻨﺎ
ﻓﻲ ﺷﺎﻣﻨﺎ، ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺑﺎﺭﻙ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﻳﻤﻨﻨﺎ ” . ﻗﺎﻝ ﻭﻓﻲ ﻧﺠﺪﻧﺎ ؟ ﻗﺎﻝ : ”
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺑﺎﺭﻙ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﺷﺄﻣﻨﺎ، ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺑﺎﺭﻙ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﻳﻤﻨﻨﺎ، ﻗﺎﻟﻮﺍ : ﻭﻓﻲ
ﻧﺠﺪﻧﺎ ؟ ﻓﺄﻇﻨﻪ ﻗﺎﻝ ﻓﻲ ﺍﻟﺜﺎﻟﺜﺔ : ” ﻫﻨﺎﻙ ﺍﻟﺰﻻﺯﻝ ﻭﺍﻟﻔﺘﻦ ﻭﺑﻬﺎ ﻳﻄﻠﻊ
ﻗﺮﻥ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ” ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻔﺘﻦ ﺑﺎﺏ ﻗﻮﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ”: ﺍﻟﻔﺘﻨﺔ ﻗﺒﻞ ﺍﻟﻤﺸﺮﻕ “ ﺭﻗﻢ 7094
Artinya:
Dari Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah s.a.w
menyebutkan :
"Ya Allah berilah keberkatan kepada negeri Syam kami,
berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami". Berkata
mereka : "Pada Najd kami Ya Rasulullah". Berkata
Rasulullah : "Ya Allah berilah keberkatan kepada negeri
Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman
kami". Berkata mereka lagi: "Pada Najd kami Ya
Rasulullah". Berkata Rasulullah : "Disana (Najd) terdapat
kegoyangan (aqidah) dan fitnah, dan disanalah terbitnya
TANDUK SYAITAN."
(H.R . Bukhari , kitab al-Fitan, bab Qulun Nabi s.a.w. al-
Fitnah Min Qibla al-Masyriq, no : 7094 ).
Nukilan daripda halaman web yang disebutkan :
Saudi Arabia: Islam's Heartland
Islam has profoundly affected the history and development
of the Arabian Peninsula and the Kingdom of Saudi Arabia
in particular.
In the 18th century, a religious scholar of the central Najd,
Muhammad bin Abdul Wahhab, joined forces with
Muhammad bin Saud, the ruler of the town of Diriyah, to
bring the Najd and the rest of Arabia back to the original
and undefiled form of Islam.
The Kingdom of Saudi Arabia is the heartland of Islam, the
birthplace of its history, the site of the two holy mosques
and the focus of Islamic devotion and prayer...
RUMUSAN:
Mengapakah nama Nabi Muhammad saw langsung tidak
disebutkan di lelaman itu? Malahan, yang disebutkan
adalah nama Muhammad Bin Abdul Wahhab. Dari isu ini,
timbul pertanyaan :
SIAPAKAH SEBENARNYA NABI BAGI WAHHABI?
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah.
Wallahu a'lam bissawab
Wassalam























Batal Suka